KOTA BELUD – Dua pelancong warga China dilaporkan hilang selepas gagal dikesan sejak semalam ketika menginap di sebuah resort di Pulau Mantanani.

Mangsa dikenal pasti sebagai Yu Xiapeng, 25, dan Fan Qin, 28, yang mendaftar masuk ke resort berkenaan pada 4 Oktober lalu. Mereka sepatutnya mendaftar keluar semalam namun tidak muncul sehingga laporan dibuat kepada pihak polis pada jam 7.57 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan sejak semalam, melibatkan 55 anggota daripada pelbagai agensi termasuk PDRM, Pasukan Gerakan Udara (Unit Dron), Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin, APMM, APM, BBP Kota Belud serta penduduk Pulau Mantanani.

Tumpuan operasi kini meliputi kawasan daratan dan perairan sekitar pulau tersebut. Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Balai Polis Kota Belud, Inspektor Frankie Pain di talian 019-2151132 bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Avatar photo

By Bengkoka Online

Bengkoka Online ialah portal berita komuniti yang berpusat di Bengkoka, Pitas, menumpukan kepada laporan, naratif tempatan dan kisah sebenar dari utara Sabah. Fokus kami ialah membawakan berita dari perspektif masyarakat setempat — jujur, seimbang dan berakar pada realiti kehidupan harian penduduk khususnya di Bengkoka dan amnya di Sabah.