KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa tiada DNA asing atau DNA lelaki signifikan dikesan pada mana-mana spesimen biologi milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menurut peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, hasil analisis oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon menunjukkan profil DNA mangsa padan sepenuhnya dengan tisu, tulang, dan kesan darah yang diperoleh. Beberapa barangan lain pula menunjukkan profil DNA campuran yang tidak konklusif — dipercayai akibat sentuhan biasa atau perkongsian ruang di asrama.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa pemeriksaan dokumen oleh pakar forensik akan dijalankan dari 10 hingga 17 Oktober ini. Sebanyak 37 ekshibit termasuk helaian tulisan akan diperiksa bagi tujuan perbandingan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Avatar photo

By Bengkoka Online

Bengkoka Online ialah portal berita komuniti yang berpusat di Bengkoka, Pitas, menumpukan kepada laporan, naratif tempatan dan kisah sebenar dari utara Sabah. Fokus kami ialah membawakan berita dari perspektif masyarakat setempat — jujur, seimbang dan berakar pada realiti kehidupan harian penduduk khususnya di Bengkoka dan amnya di Sabah.